Ahad, 3 Mac 2013

Penerangan:Taman-taman negara di malaysia


1.Penerangan

*Dikenali juga sebagai karangan bercorak penjelasan dan penghuraian.
*Karanagan ini pecahan dari corak pendedahan.
*Apakah yang hendak diterangkan,dijelaskan dan di huraikan?
*Beri penjelasan dengan memberi takrifan.
*Berikan gambaran secara keseluruhan.
*Buat perbandingan dari segi persamaan.
*Buat perbezaan dari segi kelainan.
*Beri contoh-contoh yang sesuai.
*Akhirnya berikan pendapat anda sendiri.

2.Taman-taman negara di malaysia
*Pengenalan:Huraikan maksud taman negara.
*Isi-isi:1.Taman-taman negara di Malaysia.
         :2.Dua taman negara yang popular.
         :3.Persamaan taman-taman negara ini.
         :4.Kelainan taman-taman negara ini.
         :5.Cara-cara hendak memelihara taman negara.
*Kesimpulan:Banyak taman negara didapati di Malaysia.Setiap taman ade keunikan 
                   yang tersendiri.

   Taman negara ialah taman yang dilindungi di bawah undang-undang tertentu.Biasanya,taman-taman ini besar dan luas.Pemandangannya cantik-cantik dan menarik.Taman-taman ini biasanya ditumbuhi berbagai-bagai jenis pokok,tumbuhan dan pemandangan semulajadi yang indah seperti air hujan.Bintang-bintang liar juga banyak didapati di sini.
   Malaysia kaya dengan taman negaranya.Yang terbesar dan terluas ialah Taman Negara Nasional.Ia meliputi kawasan luas sehingga beribu-ribu hektar,meliputi di tiga buah negeri,iaitu Pahang,Kelantan Dan Terengganu.
   Sebuah taman negara yang popular ialah Taman Negara Sabah.Ia terletak di negeri sabah,yang juga dikenali sebagai negeri di bawah bayu.Namun begitu ,taman-taman negara di Malaysia tdaklah dapat disamakan dengan Taman Negara Yosemite ataupun dengan Taman Negara Yellowstone di Amerika.
   Dua buah taman negara yang popular di Malaysia itu mempunyai ciri keunikan yang tersendiri.Ada persamaan tetapi ada pula kelainannya.Taman Negara Nasional ialah tempat terletaknya Gunung Tahan,sementara Taman Negara Sabah pula ialah tempat tersergamnya Gunung Kinabalu.
   Taman Negara Nasional menyimpan warisan hidupan liar yang hampir pupus.Antara yang unik di sini ialah badak sumbu dan harimau.Kedua-duannya semakin pupus.Taman Negara Kinabalu terkenal pula dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang cantik-cantik malahan yang jarang-jarang didapati di taman-taman negara lain di dunia.
   Orang ramai haruslah tahu menghargai keindahan alam semulajadi.Mereka juga harus membantu pihak berkuasa untuk mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus.Sebab itulah Taman Negara harus dipelihara dengan sebaik-baiknya.Inilah warisan negara.Ia dapat menjadi tarikan kepada pelancong.Pendapatan negara akan bertambah apabila pelancong datang menikmati keindahan alam semulajadi

Ditulis oleh:
Muhammad Aqil.

          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan