Ahad, 3 Mac 2013

Penerangan:Komputer dan faedah-faedahnya

1.Penerangan

*Dikenali juga sebagai karangan bercorak penjelasan dan penghuraian.
*Karanagan ini pecahan dari corak pendedahan.
*Apakah yang hendak diterangkan,dijelaskan dan di huraikan?
*Beri penjelasan dengan memberi takrifan.
*Berikan gambaran secara keseluruhan.
*Buat perbandingan dari segi persamaan.
*Buat perbezaan dari segi kelainan.
*Beri contoh-contoh yang sesuai.
*Akhirnya berikan pendapat anda sendiri.

1.Komputer dan faedah-faedahnya.

*Pengenalan:Ringkaskan sejarah bermulanya komputer.
*Isi-isi:1.Urusan cepat.
         :2.Urursan tepat.
         :3.Penyimpan data.
         :4.Komputer dalam pendidikan.
         :5Komputer dalam perubatan.
*Kesimpulan:Komputer memang banyak faedahnya kepada manusia tanpa pula                         
                  menafikan bahaya yang diwujudkannya.

   Sejarah komputer dapat dikatakan masih baru walaupun sebelum itu sudah tercipta pelbagai jenis mesin kira.Catatan sejarah merakamkan komputer mula-mula dicipta pada tahun 1940 oleh George Stibitz.Jenis komputer yang awal ini ialah komputer nombor kompleks.Ia menggunakan litar elektrik dalam kerja-kerja aritmetiknya.Sejak itu,bermulalah zaman komputer yang berkembang pesat sampai sekarang.Kini sudah ada pelbagai jenis komputer termasuklah komputer poket.
   Komputer memang banyak faedahnya kepada kehidupan manusia sekarang . Yangpenting ialah segala urusan dalam apa juga bidang dan kegiatan dapat dijelaskan dengan cepat.Pengurus dapat mengetahui maklumat pengurusannya dalam sekelip mata sahaja.Kakitangan pejabat tidak lagi perlu membuang masa smapai berhari-hari untuk membuka fail demi fail untuk mendapatkan maklumat yang penting.Pendek kata,komputer itu semacam maklumat di hujung jari pengguna sahaja.
   Mesin ajaib ini juga dapat memberikan maklumat yang tepat dan kemas kini.Seseorang pelajar dapat menyemak kemajuan dan prestasi pelajarannya dengan tepat sekirannya segala data dan maklumat disimpan dalam komputer.Yang amat penting disini ialah pengurusan bank.Orang ramai yang berurusan dengan bank dapat menjelaskan bayaran dengan tepat dengan menggunakan alat mesin teller automatik misalnya.Pendek kata maklumat yang tepat dapat diberikan tanpa menyulitkan orang ramai hendak ke sana ke mari.
   Kepentingan komputer kepada manusia sekarang ialah ia dapat menyimpan data dengan lengkap dan kemas kini.Penemuan yang terbaharu membuktikan komputer sudah dapat dihasilkan dengan kemampuan menyimpan data yang lebih tinggi walaupun saiznya kecil.Sebagai contoh,komputer poket yang kecil saiznya dapat menyimpan data yang lebih banyak.Komputer 1600 ini juga dapat menyimpan data  
dalam cakera lisut berukuran 6.35 cm.Penyimpanan data yang banyak dalam disket yang kecil sahaja dapat menjimatkan ruang dan tempat.Bayangkan betapa banyak fail yang diperlukan untuk menyimpan pelbagai rekod.

7 ulasan:

  1. Sorry admin x tambah karangan sbb sakit tangan nk tulis.tapi x pe nanti admin usahakannya.admin akan letak lagi karangan2 untuk memudahkan semua...

    BalasPadam
  2. Iron Man 3D | Titanium Art - Titanium Art
    Iron Man 3D titanium wood stove from Titanium ford escape titanium 2021 Art. is titanium bar the original Iron Man 2D game that released for the Mega Drive/Genesis and was ford edge titanium for sale released for Sega Genesis. 2016 ford focus titanium

    BalasPadam